Sunday 14 August 2016

PENTINGNYA MENETAPKAN IMPIAN DAN SASARAN HIDUP KITA

Assalamualaikum..

fuuhhhh..lama gila tak menaip dilaman blog floralwhite ni..tetiba masa tengah buat kerja terfikir tentang impian dimasa akan datang..mampukah kita untuk mengejar cita2 yang masih kita blm ketahui akhirnya..jeng2 saya pun x pasti..tapi siapa yang tidak mengimpikan impian yang sangat tinggi diawangan kan..cewaahh..jgn hanya berangan ok..realisasikan dahulu baru kita tahu tahap kemampuan kita macam mana..percaya pada diri kita baru la boleh berjaya..tetiba terbaca satu ayat yang berbunyi begini  "bangunkanlah impian anda sendiri atau orang lain yang akan memperkerjakan anda untuk membangunkan impian mereka" haa..nampak x..so,setiap orang ada kelebihan mereka sendiri..percayalah anda juga mempunyai kelebihan yang lebih baik diantara kelebihan orang lain.kita dijadikan sebaik2 kejadian..jadi percayalah ada masa depan yang lebih indah dihadapan anda..sehingga kita berjumpe lagi..ehh..setakat ini sahaja coretan hari ni..

 

Sunday 6 April 2014

Cinta Tidak Kenal Siapa....

Sejak kebelakangan ni banyak pulak jemputan kenduri..tiap minggu asyik datang kenduri je..hehe
Tetiba muncul idea nak cerita pasal cinta pulak,hehe..cerita mengenai cinta semua orang nak cinta sejati kan..kalau boleh nak sampai dunia dan akhirat..tak kisah la lelaki atau perempuan mahukan cinta yang kekal sejati dan abadi macam tu..kalau mahukan yang baik,maka kita juga perlu baik.ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.Doa sahaja yang dapat membantu kita supaya jumpa cinta sejati tu..mudah mudahan..;)
Apa pun semoga kita dianugerahkan cinta yang seperti kita mahukan..walau bagaimanapun cinta manusia hanyalah bersifat sementara..tapi cinta ALLAH kekal dan abadi..
sekiranya kita mahukan cinta yang sejati hendaklah kita sentiasa berdoa supaya bila kita diberi cinta kita tidak akan lupa dengan cinta hakiki yang satu itu.
ALLAH maha mendengar dan maha mengetahui..semoga kita sentiasa mendapat berkat dalam setiap doa yang kita pohon..insyaallah..

"cukup aku mencintaimu dalam hati,menyalurkan lewat doa-doaku dalam setiap sujudku.
dan menjagamu melalui ALLAH"
 sekiranya kita mahu memilih,pilihlah pilihan yang mendekatkan dirimu kepada 
ALLAH..





Sunday 26 January 2014

Semangat baru pencetus minda...

Salam semua...alhamdulillah..masih boleh bernafas sebagai seorang insan dibumi ALLAH yang bertuah dan indah ini..syukur diatas pemberian segala nikmatNya untuk kita..sebagai seorang insan kita sering diuji dengan pelbagai dugaan dan cabaran untuk terus hidup..semangat yang ada memerlukan kita terus mencuba dan terus mencuba untuk menjadi seorang insan yang lebih berguna dan terbaik dimasa akan datang..insyaallah..;)

ceritanya..pagi2 lagi dh ada puan2 yang datang untuk belajar mengenai komputer..tetapi masih lagi dalam proses memahami n perlu belajar..mengajar orang yang lebih berumur amat menguji kesabaran kita..walaubagaimana pun,kesabaran yang amat tinggi ini membuatkan kita lebih tabah dalam mengharunginya..setiap pertanyaan mereka saya jawab dengan tenang..sesungguhnya tiada yang lebih indah dari hidup kita bila melihat insan yang menuntut ilmu dengan kita tahu apa yang ilmu kite berikan kepada mereka..

sesungguhnya..saya gembira dapat berkongsi ilmu dengan mereka..sekurang2nya mereka mahu bertanya dan ingin belajar..menuntut ilmu tiada salahnya,,walau umur mencecah separuh abad..yang penting dimana ada kemahuan disitu ada jalan..betul kan..?hehehe

Sekadar untuk perkongsian,bukan untuk dibahaskan..renung2kan..;)